Friday, August 7, 2015

Tips Jalan-jalan London Part 1

Assalamualaikum,

Untuk post kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit tips-tips kalau nak datang berjalan di London.

1. Public Transport
 Sistem pengangkutan awam di London terutama di Zon 3 ke bawah sangat baik. Jika ingin berjimat, anda boleh menaiki bas sahaja dan kalau ingin menjimatkan masa, anda boleh menaiki tube. Rumah homestay saya sangat dekat dengan bus stop, kurang dari 1 minit berjalan kaki. Harga sekali naik bas adalah £1.50. Menariknya, jumlah maksimum yang akan ditolak dari Oyster kad anda adalah £4.40. Jadi, kalau anda dah naik bas 3 kali, teruskan naik kerana sudah free!! Kalau anda naik tube dan bas pulak, jumlah maksimum sehari adalah £8.80. Untuk memudahkan anda lagi, sila install applikasi Citymapper dalam smartphone anda. Aplikasi ini memudahkan anda merancang perjalanan dengan memberitahu bas no berapa atau tube line apa yang anda perlu naik utk ke destinasi berserta bayaran nya sekali. Harga sekeping Oyster kad adalah £5, dan boleh di redeem balik di mana-mana  tube station.

2. Makanan Halal
 Tiada masalah lansung! Itu lah yang saya boleh katakan jika anda datang ke London. Kedai menjual kebab/ ayam goreng/ burger halal milik orang arab/pakistan bersepah di kota london. Harga satu meal adalah sekitar £2.50 - £5.00. Anda juga boleh membeli Pastry dari kedai2 seperti Sainsbury, Tesco atau Costcutter yang kebanyakkannya sesuai untuk vegetarian. Kalau rindukan masakan Malaysia, boleh berkujung ke Malaysian Hall atau Tukdin di Bayswater untuk menikmati makanan Malaysia. Kalau dari homestay saya, anda boleh naik bas 7 untuk datang ke sini.

3. Shooping
 Tempat shooping utama di London sudah pastilah di Oxford Street. Banyak menjual baju-baju dan cenderamata. Anda boleh menaiki bas no. 7 untuk ke Oxford street. Kalau nak yang lebih berjenama dan berpatutan, anda boleh berkunjung ke Bicester Village, kira-kira 1 jam dari sini. Boleh menyewa satu van Estima untuk pergi ke sana. Kawan2 saya ada menyediakan perkhidmatan ini. Masa yang sesuai untuk membeli belah adalah pertengahan bulan June hingga ke hujung July atau pertengahan Nov hingga awal Jan kerana ada jualan murah pada waktu itu. Salesnya pulak boleh mencecah hingga ke 80%!!

4. Tempat menarik
Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar kota London. Anda boleh melawat Royal Albert Hall, Hyde Park, Science and History Museum, Victoria Albert Museum dan Natural History Museum di sekitar South Kensington. Boleh menaiki bas 70 dari homestay saya. Anda juga perlu melawat sekitar Buckingham Palace, Big Ben, London Bridge, Trafalgar Square dan banyak tempat menarik di London. Saya mencadangkan anda memperuntukkan 2 hari untuk melawat tempat-tempat ini.


No comments:

Post a Comment