Wednesday, August 19, 2015

Cari Rumah Sewa di London - untuk yang ada family


Untuk post kali ini, saya akan menceritakan proses pencarian rumah sewa di London bagi pelajar-pelajar yang berkeluarga. Proses ini agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan karenah agen-agen dan tuan rumah. Rumah boleh disewa melalui 2 cara iaitu melaui agent/landlord atau melalui student housing association.

Melalui agent
1. Cara ini boleh dilakukan jika korang dah sampai UK. Kalo x sampai, boleh start tengok2 dalam seminggu sebelum sampai sini. Kat London, nak cari rumah memang memerlukan untuk korang ada kat sini.  Cari rumah-rumah yang korang minat melalui website seperti Gumtree.co.uk, Rightmove dan Zoopla.co.uk. Contact agen yang iklankan rumah tu dan setkan appointment dengan dia. Setkan  appointment utk view 6-7 biji rumah. Bila dah sampai UK (kalo korang book sebelum sampai London lar), boleh terus pegi view rumah tu. Cara ini memerlukan korang menyediakan deposit dalam 6 minggu jumlah sewa dan sewa untuk bulan pertama, berserta dengan yuran agen. Jumlah total adalah dalam 2 setengah bulan untuk pembayaran yang pertama serta yuran agen. Sebelum datang ke UK, print siap2 financial afidavit dari sponsor sebb tu sgt penting untuk agen tengok dari mana korang dapat duit. Be in mind, kadang2 tuan rumah ni demand 6 bulan advanced bila tahu korang student atau demand sorang gurantor orang UK yang gaji lebih £36k setahun. Jika korang dah keja Universiti mana2, korang boleh mintak universiti majikan untuk keluarkan full financial statement termasuk gaji korang di Malaysia dan elaun kat UK, so jumlah total setahun adalah lebih £36k.  Tunjukkan kat agen dan selalunya diorg boleh terima (hopefully lar). Untuk proses ni, korang perlu sewa homestay/hotel sekurang-kurangnya 2minggu (normaly, mungkin lebih) sebelum dapat rumah tetap. Kalo nak sewa homestay saya, tolong bagitau korang student nak sambung belajar, so boleh bagi harga student. Another trick, korang bolh declare diri korang sebagai postgraduate researcher yang attach dekat uni sini selama 3 tahun.

2. Melalui housing association.
Banyak housing association yang sewakan rumah untuk pelajar. Namun, demand sangat tinggi dan kadang2 waiting list boleh mencecah 18 bulan. Jika korang dapat offer letter awal, boleh start dah booking siap2 untuk rumah ni. Normally 30 - 50% lagi murah berbanding rumah biasa. Cara paling selamat adalah untuk booking 6 bulan sebelum datang sini. So, bila datang sini dapat elak duduk rumah sementara. Kalo x, terpaksa sewa melalui cara no 1 dan pindh ke housing association bila dah dpt tempat nanti. Antara housing association yang boleh korang mintak adalah ducane housing, nansen village, zebra housing dan international student housing (ISH).

Lagi satu cara adalah kalo ada kawan2 korang yang nak keluar, minta tolong dia referkan korang kat tuan rumah dia. Selalunya, tuan rumah suka kalo orang Malaysia nak sewa sebb permbersih.

Itulah serba sedikit pasal nak cari rumah sewa kat London ni.

Any question boleh drop comment kat bawah.

No comments:

Post a Comment